BERITA TENTANG KITAR SEMULA
BERITA
PERTAMA
SELASA, 21 MAC 2017 @
6:17 PM
Johor mampu jadi perintis kitar semula air
terpakai Oleh S Anand Kumar anand@bh.com.my TUNKU Temenggong Johor, Tunku
Idris Iskandar Sultan Ibrahim melancarkan loji perintis kitar semula air
terpakai bersama Pengarah Urusan Jauhar Bluewater Sdn Bhd, Datuk Seri Jeff Yap
(kanan) dan Timbalan Pengerusi Jauhar Bluewater, Datuk Moehamad Izat Amir
(empat dari kiri) ketika majlis Pelancaran Loji Perintis Kitar semula Air, di
Pasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin PASIR GUDANG: Projek 'Bluewater' diyakini
mampu menjadikan Johor sebagai perintis kepada kitar semula air terpakai di
negara ini bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian.
Timbalan
Pengerusi Jauhar Bluewater Sdn Bhd, Datuk Moehamad Izat Emir, berkata dalam
merealisasikan hasrat itu, sebuah loji perintis kitar semula air terpakai
bernilai kira-kira RM2 juta diwujudkan di Taman Scientex, di sini.
Katanya, sejak 12 bulan lalu pihaknya bekerjasama dengan rakan kongsi teknikal,
Citic Envirotech yang memiliki teknologi bertaraf dunia membabitkan kitar
semula air bagi menjayakan projek perintis berkenaan. Moehamad Izat
berkata, air kitar semula itu juga akan diuji untuk memenuhi piawaian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan garis panduan UNWater. "Sistem yang
digunapakai dalam projek berkenaan membabitkan bioreaktor membran (MBR)
dan Osmosis Berbalik (RO) yang mana akan menjadi teknologi merawat sisa air
maju yang pertama digunakan di Malaysia. "Dengan menggunakan
kedua-dua aplikasi sistem ini, ia mampu menghasilkan air terawat dengan kualiti
yang baik dan sesuai untuk kegunaan semula, sekali gus mampu mengatasi masalah
kekurangan air di Johor," katanya pada sidang media di sini, hari
ini.
Terdahulu, majlis
pembukaan loji perintis kitar semula air terpakai itu disempurnakan
oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim merangkap
Pengerusi Kehormat Jauhar Bluewater Sdn Bhd. Moehamad Izat berkata,
projek perintis berkenaan juga dijayakan dengan perkongsian usahasama antara
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Langkah Indera Properties Sdn
Bhd. "Projek perintis ini adalah contoh kerjasama antara Jauhar
Bluewater dengan sektor swasta adan anak syarikat kerajaan negeri bagi mencipta
penyelesaian dengan memastikan sumber air terpakai boleh dimanfaatkan oleh sektor
perindustrian," katanya. TUNKU Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar
Sultan Ibrahim melawat loji perintis kitar semula air terpakai sambil
diterangkan oleh Pengarah Urusan Jauhar Bluewater Sdn Bhd, Datuk Seri Jeff Yap
(dua dari kanan) dan Timbalan Pengerusi Jauhar Bluewater, Datuk Moehamad Izat
Amir (kanan) ketika majlis Pelancaran Loji Perintis Kitar semula Air, di Pasir
Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/262559
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/262559
KEDUA
Siti Farahiyah Aziz
gen.y@hmetro.com.my
Kebelakangan ini, kempen kitar semula atau
pengasingan sisa pepejal menjadi penekanan utama bagi memudahkan jentera
pengurusan sisa pepejal melakukan kitar semua barangan dibuang.
ADVERTISING
Setiap hari dianggarkan 37,000 tan metrik sampah
dibuang oleh penduduk Malaysia dan tahun lalu RM1.2 bilion dibelanjakan bagi
kerja pengutipan sampah.
Tanpa disedari, barangan terbuang mempunyai
pelbagai manfaat jika diguna semula secara kreatif. Sebagai contoh, sisa
makanan boleh dijadikan baja kompos dan botol minuman boleh dijadikan barangan
hiasan.
Idea kreatif segelintir masyarakat dalam mengitar
semula barangan terbuang adalah satu tindakan bijak dalam menangani pencemaran
alam sekitar.
PERANAN KITAR SEMULA
Kitaran ini amat penting dalam mengurangkan
pengeluaran sumber alam yang membawa kepada kemusnahan alam semula jadi. Ia
juga dapat mengurangkan kadar bilangan botol plastik yang terbuang begitu saja
yang sudah pasti akan mencemar alam persekitaran dan kehidupan kita.
Oleh itu setiap orang perlu membabitkan diri dalam
aktiviti kitar semula. Anda perlu kumpulkanlah semua jenis botol plastik yang
tidak berguna dan jual di pusat kitar semula. Selain menyumbang kepada
pengurangan kemusnahan dan pencemaran, anda juga akan mendapat pulangan wang.
Selain menjual kembali, anda boleh cuba idea
kreatif kreativiti kitar semula untuk mengubah kegunaan botol plastik ini
kepada sesuatu benda lain yang berguna dan bernilai.
HASIL PRODUK BARU
Keadaan kini sudah berbeza kerana masyarakat
khususnya golongan muda mula menonjolkan kreativiti diri masing-masing dengan
menghasilkan pelbagai produk daripada barangan terpakai.
Penggunaan bahan buangan dengan cara menghasilkan
suatu yang berguna adalah lebih baik daripada terus membuangnya walaupun
terdapat perbezaan daripada rupa dan fungsi asalnya.
Tindakan ini secara tidak langsung dapat membantu
pengurangan bahan buangan dan berlaku pembaziran penggunaan sumber alam semula
jadi yang semakin terhad.
Kebiasaannya palet kayu digunakan sekali sahaja
dan kemudian ia dibuang. Tetapi kini, masyarakat mula kreatif apabila
menggunakan palet untuk menghasilkan perabot ringkas seperti rak buku, ruangan
rehat untuk melengkapkan hiasan kediaman.
MENJANA SUMBER PENDAPATAN
Pembabitan secara serius dalam menghasilkan produk
daripada bahan buangan juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Ini
kerana masyarakat gemar barangan yang kelihatan cantik serta menarik hasil ubah
suai barangan terpakai.
Menerusi media sosial, pencinta alam boleh
berkongsi cara mengguna pakai barangan terbuang serta mengetengahkan produk
yang dihasilkan secara komersial.
Sebagai contoh, jean yang terpakai boleh diubah
suai menjadi beg dan bekas pensel. Lebih menarik lagi apabila ditambah aksesori
yang ringkas dan menarik.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 6:40 AM
Comments
Post a Comment